Klik imej di atas untuk melihat panorama sekolah
Sejarah Ringkas S.M.K Sultan Muhammmad Shah, Parit
Pada  1 Julai 1968, sekolah ini memulakan peranannya sebagai institusi pendidikan dengan nama Sekolah Menengah Penghantar Melayu (SMPM). Nama tersebut digunakan bertujuan untuk memisahkan daripada sekolah Menengah Iskandar Shah (SMIS) yang menggunakan Bahasa Ingeris sebagai bahasa penghantar. Apabila SMIS menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sepenuhnya, nama SMPM dirasakan tidak lagi begitu sesuai. Justeru, timbul cadangan untuk menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah sempena nama Sultan Perak ke-14, yang makamnya terletak di Pulau Tiga, Kg. Gajah. Pada tahun 1980 rasmilah sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah sehinggalah ke hari ini.
   
Pada tahun 1968 hingga 1989, sekolah ini hanya mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Seterusnya pada tahun 1990 sekolah ini semakin berkembang dan mampu mewujudkan kelas dari tingkatan satu  hingga tingkatan lima. Dari segi kemudahan fizikal, sekolah ini mempunyai pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal sains, pusat sumber, koperasi sekolah, bilik operasi kurikulum, asrama, kantin dan lain-lain kemudahan asas.
   
Pada 1 Disember 1991, sekolah ini diamanahkan untuk mengurus hal ehwal pentadbiran asrama putera yang pada asas pembinaannya untuk Sekolah Menengah Iskandar Shah. Penghuni asrama terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah dan Sekolah Menengah Iskandar Shah. Tetapi, pada bulan Januari 2002, penghuni asrama hanya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah ini bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran asrama. Pada bulan Ogos 2007, bangunan asrama putera (bekas bangunan kayu sekolah lama) telah dirobohkan untuk untuk tujuan pembinaan asrama baru yang serba lengkap.
    
Pada tahun 2000, Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah memberikan kebenaran untuk membuka dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran kelas Sains Tulen. Hal ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang dapat menjuruskan diri dalam bidang sains dan teknologi agar bersesuaian dengan hasrat kerajaan dalam menuju era Wawasan 2020. Pada pertengahan tahun 2001 sekolah ini telah memperoleh sebuah bangunan makmal komputer, sementara bilik ekses telah dibuka pada tahun 2007.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka pada awal Januari 2002 yang para pelajarnya terdiri daripada murid-murid sekolah rendah yang dikategorikan sebagai menghadapi masalah pembelajaran. Pada tahun 2002 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan tiga tingkat (penyerahan rasmi pada 7.7.2003) yang mempunyai kemudahan yang serba lengkap.
                       
Nama Baginda yang sebenar ialah Raja Bisu, putera Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah (Marhum Mangkat di Pulau Tiga). Semasa kekanda Baginda iaitu   Sultan Mudzaffar Shah III (Raja Inu) menjadi Sultan Perak, Raja Bisu merupakan Yang di-Pertuan Muda atau Sultan Muda bergelar Yang di-Pertuan Muda Muhammad Shah.

Baginda bersemayam di Pualu Tiga. Apabila kedua-dua Raja adik-beradik itu berselisih, maka Kesultanan Perak telah berpecah kepada dua. Peristiwa tersebut berlaku pada sekitar tahun 1743, yang kemudiaannya kedua-dua Raja itu telah berdamai semula daripada perselisihan.

Sultan Muhammad Shah mangkat pada tahun 1750, lebih dahulu daripada kekanda Baginda iaitu Sultan Mudzaffar Shah III. Baginda dimakamkan berhampiran Makam Almarhum Sultan Mahmud Shah Sultan Perak yang ke-8 di Pulau Tiga, Kg. Gajah, Perak 
                _______________________________________________                     


PROFIL SEKOLAH

No. Pendaftaran : AEA8001
Jenis Sekolah : SMK
Peringkat Sekolah : Menengah Rendah & Atas
Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Tarikh Tubuh : 01/01/1968
Keluasan Sekolah : 6 ekar / 2.428 H
Gred & Sesi : B / Pagi Sahaja
Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan
Status : Beroperasi
Lokasi Pendaftaran : Luar Bandar
Lokasi Semasa : Bandar Kecil
Jenis Asrama : Asrama Sekolah Harian

KEDUDUKAN SEKOLAH

       Jabatan Pendidikan Negeri
:
PERAK (JPN PERAK)
       PPD
:
PPD PERAK TENGAH
       Kod PKG
:
PKG PARIT
       Majlis Daerah
:
Majlis Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar
       Kawasan Parlimen
:
Parit
       Kawasan DUN
:
Belanja
       Bandar / Pekan Terdekat
:
Parit
       Mukim
:
Belanja
_______________________________________________________

PELAN SMKSMS